Influenza A H1N1
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa wabak penyakit H1N1 adalah perkara yang paling ditakuti oleh seluruh dunia ini. Tambahan pula angka kematian pesakit H1N1 semakin hari semakin bertambah. Sehingga kini, Malaysia merekodkan sebanyak 62 kematian akibat wabak H1N1 ini. Negara Jiran Thailand pula telah mencecah angka 100 orang mati akibat H1N1. Institut Pengajian Tinggi kini banyak yang ditutup supaya wabak ini tidak merebak. Termasuk UPM (Universiti Putra Malaysia) yang telah ditutup selama seminggu sehingga 5 Ogos lalu dengan mengawalkan cuti pertengahan semester. Ramai pelajar UPM yang menjadi kurang sihat lantaran wabak ini. Selsema dan demam adalah simptom utama H1N1. Pelajar yang disyaki, segera diarahkan oleh doktor untuk melalui ujian darah di Pusat Kesihatan UPM. Darah pesakit yang menunjukkan kekurangan sel dirujuk segera ke Hospital Serdang tanpa membuang masa. H1N1 ini sebenarnya membawa kepada demam pneumonia yang tidak dapat dirawat. Ia menyebabkan pesakit sesak nafas dan lemah serta tidak bermaya. Langkah-langkah yang ketara perlu diambil untuk mengelak wabak ini terus merebak. Mereka yang keluar berjalan dinasihati memakai topeng muka dan minum air banyak serta menjaga kebersihan masing-masing.