Bazaar Ramadhan

Bazaar Ramadan di Sri Serdang banyak dikunjungi pelajar UPM untuk membeli makanan bagi membuka puasa.

Harga makanan yang ditawarkan adalah murah. Gerai ini menjual 4 batang stik dengan harga RM1.


Abang Zul salah seorang peniaga di Bazaar ini membakar sebanyak 40 hingga 50 ekor ayam sehari.


Bazaar Ramadan adalah suatu tempat yang seronok untuk dikunjungi beramai-ramai pada bulan Ramadan. Bazaar Ramadan bukan sahaja untuk mereka yang beragama muslim malah yang bukan muslim juga boleh menikmati keistimewaan bazaar ini. Masyarakat muslim yang berpuasa sempena penyambutan Hari Raya AidilFitri akan membeli makanan di bazaar ini untuk membuka puasa pada pukul 7.20 malam iaitu selepas waktu Azan.


Kebanyakan peniaga tidak akan melepaskan peluang berniaga makanan di bazaar ini. Berbagai-bagai aneka makanan akan dijual sehingga tidak dapat memilih makanan untuk berbuka puasa nanti. Hidangan yang dijual pasti menarik nafsu makan semua pengunjung. Memang sedap kesemua hidangan yang dijual itu. Antara makanan yang dijual ialah Kebab Ayam, Kepak Ayam, Laksa, Murtabak, Roti Canai, Mee, Nasi Campur, Ayam Panggang, Tonggel, Kuih-muih, minuman dan banyak lagi.

Sebanyak 150 gerai makanan dibuka di Bazaar Ramadan Sri Serdang ini. Abang Mahadi yang dikenali sebagai “Boy” berkata beliau akan membuka gerainya pada pukul 3 petang. Abang Boy menjual ayam panggang di bazaar ini diberitahu bahawa sebanyak 50 hingga 60 ekor ayam dijual sehari di gerainya.. Memang berbaloi berniaga di bazaar Ramadan.

Abang Mahadi berkata beliau tidak akan ketinggalan untuk berniaga di bazaar Ramadan pada setiap tahun. Abang Mahadi juga turut berniaga di Pasar Malam Sri Serdang selain bulan Ramadhan ini. Ayam panggang merupakan hidangan yang terkenal di Bazaar Ramadhan ini.

Selain itu kuih-muih yang berwarna-warni turut menjadi pilihan orang ramai. Seorang pengunjung Bazaar, Encik Faizal berkata kuih-muih akan dijadikan sebagai pencuci mulut ketika berbuka puasa nanti. Beliau tambah lagi bahawa anak-anaknya lebih suka makan kuih.

Bazaar Ramadhan merupakan satu tempat yang indah suasananya untuk dinikmati oleh orang ramai. Suasananya amat ceria untuk ditatap. Janganlah melepaskan peluang untuk ke Bazaar Ramadhan di Sri Serdang ini. Selamat berbuka puasa.