Pengemis di Lebuh Ampang!

Seorang pengemis sedang menunggu sedekah untuk membeli makanan tengah harinya di hadapan Restoran McDonalds.


Si Pengemis sedang melihat topinya yang belum berisi syilling di hadapan Mcdonalds, Lebuh Ampang.



Seorang wanita yang bermurah hati sudi memberi sedekah kepada si pengemis itu.


Menurut seorang pelayan Restoran Mcdonalds si pengemis ini merupakan seorang yang kurang waras. Pengemis ini jarang-jarang ditemui di satu tempat. “ Dia berkeliaran merata Lebuh Ampang ini”, kata pelayan Mcdonalds itu. Apabila ditanya pernahkah pengemis ini menggangu perniagaan restoran McDonalds itu, pelayan itu memberitahu ada satu ketika pengemis ini masuk ke dalam McDonalds dan mengambil makanan pelanggan. Malah diberitahui bahawa pernah juga pengemis ini menumpahkan air atas meja makanan pelanggan. Pengurus McDonalds serta merta menghalau keluar dan menengking pengemis tersebut. Aduan juga telah dibuat kepada pihak polis namun tiada tindakan diambil disebabkan pengemis itu kurang waras.


Sungguh sedih melihat keadaan pengemis itu yang asyik mengaru-garu kepalanya sambil melihat topinya yang belum berisi duit syilling. Pengemis itu memiliki sebuah beg berwarna merah bersebelahannya. Suatu yang menarik ialah si pengemis ini duduk beralaskan sebidang permaidani kecil. Sungguh luarbiasa tindakannya itu kerana biasanya pengemis-pengemis duduk tanpa beralas. Walaupun tempat itu kotor mana-mana pengemis pun sudi duduk malah baring pun tak kisah. Tambah pula si pengemis ini menyimpan sebatang payung di belakangnya. Nampaknya sudah bersedia si pengemis ini di hari hujan.

Diharap kerajaan dapat menambahkan usaha untuk mengurangkan pengemis di kota metropolitan ini. Sebenarnya bilangan pengemis kelihatan kian berkurangan di Kota Raya ini berbanding sebelum ini. Namun demikian orang yang kurang waras seperti si pengemis tersebut harus diberi lebih perhatian kerana mereka akan membahayakan orang awam bila-bila masa sahaja.