Pengemis di Lebuh Ampang!

Seorang pengemis sedang menunggu sedekah untuk membeli makanan tengah harinya di hadapan Restoran McDonalds.


Si Pengemis sedang melihat topinya yang belum berisi syilling di hadapan Mcdonalds, Lebuh Ampang.



Seorang wanita yang bermurah hati sudi memberi sedekah kepada si pengemis itu.


Menurut seorang pelayan Restoran Mcdonalds si pengemis ini merupakan seorang yang kurang waras. Pengemis ini jarang-jarang ditemui di satu tempat. “ Dia berkeliaran merata Lebuh Ampang ini”, kata pelayan Mcdonalds itu. Apabila ditanya pernahkah pengemis ini menggangu perniagaan restoran McDonalds itu, pelayan itu memberitahu ada satu ketika pengemis ini masuk ke dalam McDonalds dan mengambil makanan pelanggan. Malah diberitahui bahawa pernah juga pengemis ini menumpahkan air atas meja makanan pelanggan. Pengurus McDonalds serta merta menghalau keluar dan menengking pengemis tersebut. Aduan juga telah dibuat kepada pihak polis namun tiada tindakan diambil disebabkan pengemis itu kurang waras.


Sungguh sedih melihat keadaan pengemis itu yang asyik mengaru-garu kepalanya sambil melihat topinya yang belum berisi duit syilling. Pengemis itu memiliki sebuah beg berwarna merah bersebelahannya. Suatu yang menarik ialah si pengemis ini duduk beralaskan sebidang permaidani kecil. Sungguh luarbiasa tindakannya itu kerana biasanya pengemis-pengemis duduk tanpa beralas. Walaupun tempat itu kotor mana-mana pengemis pun sudi duduk malah baring pun tak kisah. Tambah pula si pengemis ini menyimpan sebatang payung di belakangnya. Nampaknya sudah bersedia si pengemis ini di hari hujan.

Diharap kerajaan dapat menambahkan usaha untuk mengurangkan pengemis di kota metropolitan ini. Sebenarnya bilangan pengemis kelihatan kian berkurangan di Kota Raya ini berbanding sebelum ini. Namun demikian orang yang kurang waras seperti si pengemis tersebut harus diberi lebih perhatian kerana mereka akan membahayakan orang awam bila-bila masa sahaja.

Bowling


Bowling adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang dibuat dari kayu atau sintetik.


Lorong boling tersebut berukuran 41.5 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang.






















Boling merupakan satu permainan yang seronok untuk bermain. Boling merupakan acara 'indoor'. Ia merupakan sejenis hiburan yang tidak mudah penat, mlah pemain bertambah semangat untuk bermain lagi.

Negara kita pernah banyak kali memenangi pingat emas dalam sukan Boling ini di Komanvel. Kita mempunyai banyak pakar dalam pertandingan ini. Permainan ini berasal dari permainan "skittle" dan sangat popular di Eropah dan AS. Kini pemain-pemain dari Asia Tenggara telah maju dalam permainan ini dan ramai juga yang bergelar juara dunia. Di Sukan Asia tahun 2006, emas Malaysia banyak disumbangi oleh pasukan tenpin bolingnya.Banyak remaja suka untuk bermain boling. Didapati Pusat Boling di Mines dipenuhi oleh dengan pelajar kolej.

Sebenarnya permainan ini boleh di main oleh sesiapa. Banyak pusat boling dibuka di Kompleks membeli belah. Ini memudahkan orang ramai untuk menyelami permainan ini.
Gambar-gambar diatas telah ditangkap di Pusat Boling di Kompleks Mines di Serdang.

Bazaar Ramadhan

Bazaar Ramadan di Sri Serdang banyak dikunjungi pelajar UPM untuk membeli makanan bagi membuka puasa.

Harga makanan yang ditawarkan adalah murah. Gerai ini menjual 4 batang stik dengan harga RM1.


Abang Zul salah seorang peniaga di Bazaar ini membakar sebanyak 40 hingga 50 ekor ayam sehari.


Bazaar Ramadan adalah suatu tempat yang seronok untuk dikunjungi beramai-ramai pada bulan Ramadan. Bazaar Ramadan bukan sahaja untuk mereka yang beragama muslim malah yang bukan muslim juga boleh menikmati keistimewaan bazaar ini. Masyarakat muslim yang berpuasa sempena penyambutan Hari Raya AidilFitri akan membeli makanan di bazaar ini untuk membuka puasa pada pukul 7.20 malam iaitu selepas waktu Azan.


Kebanyakan peniaga tidak akan melepaskan peluang berniaga makanan di bazaar ini. Berbagai-bagai aneka makanan akan dijual sehingga tidak dapat memilih makanan untuk berbuka puasa nanti. Hidangan yang dijual pasti menarik nafsu makan semua pengunjung. Memang sedap kesemua hidangan yang dijual itu. Antara makanan yang dijual ialah Kebab Ayam, Kepak Ayam, Laksa, Murtabak, Roti Canai, Mee, Nasi Campur, Ayam Panggang, Tonggel, Kuih-muih, minuman dan banyak lagi.

Sebanyak 150 gerai makanan dibuka di Bazaar Ramadan Sri Serdang ini. Abang Mahadi yang dikenali sebagai “Boy” berkata beliau akan membuka gerainya pada pukul 3 petang. Abang Boy menjual ayam panggang di bazaar ini diberitahu bahawa sebanyak 50 hingga 60 ekor ayam dijual sehari di gerainya.. Memang berbaloi berniaga di bazaar Ramadan.

Abang Mahadi berkata beliau tidak akan ketinggalan untuk berniaga di bazaar Ramadan pada setiap tahun. Abang Mahadi juga turut berniaga di Pasar Malam Sri Serdang selain bulan Ramadhan ini. Ayam panggang merupakan hidangan yang terkenal di Bazaar Ramadhan ini.

Selain itu kuih-muih yang berwarna-warni turut menjadi pilihan orang ramai. Seorang pengunjung Bazaar, Encik Faizal berkata kuih-muih akan dijadikan sebagai pencuci mulut ketika berbuka puasa nanti. Beliau tambah lagi bahawa anak-anaknya lebih suka makan kuih.

Bazaar Ramadhan merupakan satu tempat yang indah suasananya untuk dinikmati oleh orang ramai. Suasananya amat ceria untuk ditatap. Janganlah melepaskan peluang untuk ke Bazaar Ramadhan di Sri Serdang ini. Selamat berbuka puasa.

Behind The Door



‘One Service & System’ an ICT sales and service centre in 13th College Cafeteria at UPM.
Success is a goal that everyone wants to achieve. Behind everyone’s success there will be a story to reveal about. Let’s see who is behind this success.
Becomes an entrepreneur is not as easy as mentioning it. It requires lot qualities. Only those willing to face risk would come in this career. Mohd Razif B. Abd Rahman a UPM graduated student is a successful young developing entrepreneur now. In the age of 24, he owns three premises of computer service and repairing centre which located in UPM, UIA and UPSI. Soon he will open a premise at 17th College nearby Medicine Faculty.



Mohd Razif B.Abd Rahman 24, graduated in Bachelor of Accounting on 2008 at UPM.


The manager of “One Service and System” was graduated on July 2008. This Selangor born boy love to explore IT world rather than becoming an accountant. Razif said that he is only interested in technical base works. This young businessman starts this job even before he was graduated. His hostel room was a starting space for him to develop this service. At the age of 20 he was planned ahead of these excellent ideas. Finally his dream came true and now he receives 70 to 80 customers per day.


Razif, 24 doesn't owns a laptop untill now.
Razif is the second child among four siblings. Recently he is staying in Batu 11, Cheras. His hobby is drifting and interested in racing sports car. One of his unforgettable memory was his car was broken twice by the thieves. Someone was keeping an eye on him because they thought Razif might keeps valuable laptops in car but thank god he doesn’t lose anything. Razif then fixes high security alarm to protect his car.

Mohd Razif is a dedicated young entrepreneur. He is always up-to-date with his accounts .
He has many experiences through the years where he even serve the Prime Minister’s Office, Administration Offices , PPPA, INTROP and Institute BIOSAINS in UPM. Besides that Razif is also being members in many societies. E.g.: Adviser of Persatuan Usahawan Muda in Rembau, Members of Usahawan Hulu Kelang Jaya, and Members of Usahawan Tekun Nasional Malaysia. Members of Usahawan Alumni KAKS UPM.
Recently Mohd Razif was awarded “The Best Entrepreneurs of 2008 among University students in Malaysia”. He was so happy and proud to receive the award from Datuk Nor the former Minister of Entrepreneurism. His message to the youngsters are never give up, failure doesn’t lead to a pull stop so keep trying. Hope Razif would be a role model for the coming generations.


Awarded to Mohd Razif by Datuk Nor in the award giving ceremony. “ Anugerah Usahawan Siswazah terbaik ”

Bahaya H1N1

Para pelajar amat berhati-hati dengan memakai topeng muka takut dijangkiti H1N1.


Para pelajar sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor.

Seorang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan datang ke Pusat Kesihatan UPM untuk mendapatkan rawatan perubatan.


Influenza A H1N1

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa wabak penyakit H1N1 adalah perkara yang paling ditakuti oleh seluruh dunia ini. Tambahan pula angka kematian pesakit H1N1 semakin hari semakin bertambah. Sehingga kini, Malaysia merekodkan sebanyak 62 kematian akibat wabak H1N1 ini. Negara Jiran Thailand pula telah mencecah angka 100 orang mati akibat H1N1. Institut Pengajian Tinggi kini banyak yang ditutup supaya wabak ini tidak merebak. Termasuk UPM (Universiti Putra Malaysia) yang telah ditutup selama seminggu sehingga 5 Ogos lalu dengan mengawalkan cuti pertengahan semester. Ramai pelajar UPM yang menjadi kurang sihat lantaran wabak ini. Selsema dan demam adalah simptom utama H1N1. Pelajar yang disyaki, segera diarahkan oleh doktor untuk melalui ujian darah di Pusat Kesihatan UPM. Darah pesakit yang menunjukkan kekurangan sel dirujuk segera ke Hospital Serdang tanpa membuang masa. H1N1 ini sebenarnya membawa kepada demam pneumonia yang tidak dapat dirawat. Ia menyebabkan pesakit sesak nafas dan lemah serta tidak bermaya. Langkah-langkah yang ketara perlu diambil untuk mengelak wabak ini terus merebak. Mereka yang keluar berjalan dinasihati memakai topeng muka dan minum air banyak serta menjaga kebersihan masing-masing.







Pencemaran Longkang

Bau busuk dari longkang yang tersumbat ini menyebabkan orang awam kurang selesa untuk lalu.

Longkang yang pecah dan tidak bertutup ini menyebabkan orang yang lalu-lalang membuang sisa makanan dan bekas minuman ke dalamnya.


Longkang di hadapan kedai-kedai di Sri Serdang tersumbat dengan sampah-sarap yang dibuang.

Pencemaran Alam Sekitar

Kotak berisi botol-botol kosong dibuang berhampiran tempat letak kereta di hadapan Kolej Tun Perak.
Tempat letak kereta di hadapan Kolej Tun Perak dipenuhi sampah-sarap.

Para pelajar mencacatkan keindahan UPM dengan meninggalkan sampah-sarap di tempat letak kereta di hadapan Kolej Tun Perak.













welcome komy

Hello, everybody...